PRODUK & PERKHIDMATAN KOPERASI
PENGIKLANAN DIGITAL (BILLBOARD)
Papan iklan digital (billboard) MDSAP telah beroperasi untuk menyalurkan maklumat berkaitan program di MDSAP dan juga telah dibuka untuk pemilik perniagaan dan individu yang ingin mengiklankan sebarang program, produk dan juga perkhidmatan. Kita menyediakam pakej mingguan,bulanan atau tahunan.INGIN MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN ATAU MEMPROMOSI IKLAN ANDA? KAMI SEDIA MEMBANTU
Pihak Koperasi Masjid Dato’ Sheikh Adnan (KOMSA) menawarkan khidmat pengiklanan digital (BILLBOARD). Billboard adalah poster atau promosi iklan berbayar yang berlokasi di luar ruangan dan termasuk ke dalam kategori Out-of-Home (OOH) Advertising. Umumnya, billboard dipasang atau di tempatkan pada posisi yang cukup tinggi dan berukuran besar. Tujuan pemasangan billboard pada posisi tersebut ialah agar iklan yang pengiklan buat dapat dilihat oleh banyak orang. Bahkan, dapat menjadi pusat perhatian. Bagi yang berminat bolehlah mengisi maklumat anda di pautan disediakan👇🏻
https://forms.gle/cPZCQt7pe1RE8JxJA
SEWA DEWAN SEMINAR
Dewan yang boleh memuatkan 100 orang dalam satu satu masa ,
menyediakan kerusi meja
PA system
LCD projektor
berhawa dingin sangat sesuai untuk kelas pengajian,krusus umrah.
MEMPROMOSI PRODUK KESIHATAN KE SELURUH MALAYSIA
KoMSA menyediakan platform laman web e-dagang kepada anggota yang memiliki produk untuk dipasarkan bukan sahaja di SEMENANJUNG Malaysia tetapi sehingga ke Sabah dan Sarawak.KOMSA juga memberi peluang kepada anak khariah yang ada produk sendiri
AKTIVITI PERUNDING PEMBINAAN
Pembinaan mehrab Masjid Dato’ Sheikh Adnan Penaga.
Pembinaan Pusat Pengajian Al Hidayah
KEDAI GUNTING RAMBUT
Menyediakan perkhidmatan gunting rambut setiap hari kecuali hari Hari Jumaat dan Sabtu.kita ada pakar gunting rambut untuk fesyen terkini dan yang best bilik berhawa dingin.
DEWAN AKAD NIKAH
Memberi kemudahan kepada bakal pengantin untuk majlis akad nikah. Memberi satu kenangan teridah dalam hidup pasangan baru.
Sebuah bilik berhawa dingin yang dilengkapi deco.